awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Dr Annuar kekal calon GPS di DUN Nangka

Amyra Varkisa
Amyra Varkisa
02/12/2021
09:28 MYT
PRN Sarawak: Dr Annuar kekal calon GPS di DUN Nangka
Abang Johari (tengah) ketika melawat Showcase Usahawan Sibu di Kompleks Islam pada Khamis. - Astro AWANI.
SIBU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee akan kekal dicalonkan bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pencalonan itu dalam ucapannya semasa Showcase Usahawan Sibu di Kompleks Islam pada Khamis.
Abang Johari berkata, Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi itu merupakan calon berpotensi dan harus kekal berkhidmat demi pembangunan terutamanya di Sibu.
"Kita di Sibu ada Dr Annuar yang banyak idea-idea yang baru disebabkan itulah saya meminta beliau membantu saya dalam sudut penyelidikan, Kementerian Penyelidikan.
"Saya berharap beliau akan terus dapat berkhidmat untuk warga Sibu. Berilah sokongan kepada beliau. Jadi hari ini saya mengesahkan bahawa Dr Annuar akan menjadi calon di kawasan Nangka" katanya.
PRN Sarawak | Dr Annuar Rapaee kekal di DUN Nangka
Jelas Abang Johari, para pemimpin muda dalam parti haruslah dikekalkan dan dilatih bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan hak rakyat Sarawak terjaga.
"Beliau masih muda, masih 50-an. Kita latih dalam parti, supaya pembangunan kita berterusan. Kita tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana apa yang paling penting hak rakyat Sarawak haruslah dijaga dan dimajukan,” tegasnya.
Sebagai rekod pada PRN-11, Dr Annuar berjaya mempertahankan kerusi DUN Nangka dengan majoriti 7617 undian mengalahkan calon PKR Abdul Raafidin Majidi dan Calon STAR Simon Tiong.
Dr Annuar juga merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#calon DUN Nangka
#pembangunan Sibu
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan