awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Hanya lima pemimpin tertinggi parti dibenarkan rentas negeri untuk berkempen

Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
05/12/2021
07:34 MYT
PRN Sarawak: Hanya lima pemimpin tertinggi parti dibenarkan rentas negeri untuk berkempen
Menerusi SOP tersebut lagi, nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
KUCHING: Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak tidak membenarkan rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh tersebut.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya memberi pengecualian kepada lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding untuk merentas negeri.
Menerusi SOP tersebut lagi, nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada SOP yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan enterSarawak," jelas SPR.
Dalam perkembangan lain, SPR menetapkan sebarang sidang media selepas mesyuarat parti adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Jelas SPR lagi, kehadiran individu yang terlibat dengan sidang media adalah terhad bagi individu yang hadir semasa mesyuarat sahaja dan wartawan, selain lengkap divaksin.
Selain itu, mesyuarat di Bilik Gerakan parti atau calon dibenarkan bagi individu yang lengkap menerima vaksin dan tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SOP PRN Sarawak
#Tiada rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan