awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Jentera PBB Tupong bersedia, tunggu SOP kempen -Fazzrudin

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
01/12/2021
05:31 MYT
PRN Sarawak: Jentera PBB Tupong bersedia, tunggu SOP kempen -Fazzrudin
Fazzrudin menyampaikan bantuan kepada penerima di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, Kuching. - Astro AWANI
KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong akan digerakkan secara aktif sejurus prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak diumumkan
Tegas penyandang ADUN Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman misinya adalah untuk memastikan masyarakat di kawasan merasai kehadiran pasukan pusat khidmatnya
"Sebelum ini pun kita telah turun untuk menyantuni masyarakat, bertanya apa keperluan mereka, apa bantuan yang mereka perlukan.
"Setelah kita dapat tahu apa SOP maka kita akan bergerak berpandukan SOP tersebut. Kita sedia menerima apa-apa pun SOP dan kita sedia menghadapi pilihan raya ini dengan apa pun cabaran yang bakal dilemparkan terhadap kami," katanya.
Fazzrudin berkata demikian selepas menyempurnakan Program Simbolik Penyerahan Input Pertanian di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, di sini pada Rabu.
Baginya, strategi utama adalah untuk memastikan masyarakat di kawasan merasai kehadiran pasukan pusat khidmatnya melalui perkhidmatan bakti yang berterusan serta cakna isu yang dihadapi mereka.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PBB berkata, beliau yakin bahawa rakyat mampu menilai baik siapa yang layak dipilih sebagai pemimpin mereka.
"Masyarakat boleh menilai apa yang telah disumbangkan oleh GPS, maka kita yakin masyarakat akan dapat menilai dengan baik siapakah yang telah memberi khidmat bakti kepada mereka,
"Siapakah yang mempunyai strategi yang jelas, siapakah yang mempunyai komitmen, konsistensi dan kestabilan dalam memastikan masa depan kita terjamin, terutama sekali dengan cabaran pandemik COVID-19 ini," ujarnya.
Pada PRN11 Sarawak, Fazzrudin menang dengan majoriti sebanyak 8,055 undi di DUN Tupong menewaskan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurhanim Mokhsen.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Fazzruddin Abdul Rahman
#Dewan Undangan Negeri DUN Tupong
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan