awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Kebajikan anggota tentera akan terus diambil berat - Abang Jo

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
13/12/2021
05:11 MYT
PRN Sarawak: Kebajikan anggota tentera akan terus diambil berat - Abang Jo
Abang Johari menghargai pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga keselamatan Sarawak termasuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan misi penghantaran vaksin COVID-19 ke negeri itu - Astro AWANI
SIBU: Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa memberi perhatian kapada kebajikan anggota tentera yang bertugas siang dan malam menjaga keamanan negeri itu walaupun dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau memahami bukan mudah untuk melaksanakan tugas menjaga keselamatan negeri itu kerana faktor keluasan dan juga bentuk muka buminya yang amat mencabar.
Jelasnya, anggota tentera di Sarawak berjaya memikul tanggungjawab menjaga keselamatan dengan baik melalui beberapa kejayaan dalam pelbagai aspek seperti kawalan sempadan di antara Sarawak dengan negara jiran Indonesia dan Brunei Darussalam.
“Kita (kerajaan negeri) berbangga dengan kejayaan-kejayaan anggota tentera dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan membanteras aktiviti penyeludupan.
“Mereka juga berkorban sebagai barisan hadapan dalam usaha mengekang wabak COVID-19 seperti Program di Long Singut sebelum ini dengan perjalanan yang begitu mencabar sekali.
“Mereka telah turun padang untuk terlibat sama menyiapkan hospital medan melalui Program Combat Medic Vaccination Team (CMVT) di kawasan luar bandar dan pedalaman serta dalam operasi sekatan jalan raya (SJR),” katanya semasa berucap semasa Program Lawatan ke Kem Rascom Briged Kesembilan Infantri Malaysia di sini, pada Isnin.
Brigedier Jeneral Shamshor bin Hj Jaafar menyampaikan cenderamata kepada Ketua Menteri Sarawak (3 dari kiri)
Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari - Astro AWANI
Ujar Abang Johari, kerajaan negeri juga memberi sumbangan aset kawalan pertahanan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak sebagai tanda pengharagaan atas pengorbanan dan jasa menjaga keselamatan negeri.
“Diharapkan penyerahan aset kawalan pertahanan sempadan ini dapat membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memperkasakan kawalan sempadan negeri Sarawak.
“ATM telah memainkan peranan yang begitu penting memberikan keamanan kepada negeri ini dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbeza latar belakang budaya dan pegangan agama untuk menjadi Keluarga Malaysia yang akan memberi hala tuju baik kepada negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#Angkatan Tentera Malaysia
#Kawalan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan