awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: PBB dalam proses tapisan calon sebelum senarai akhir dimuktamad - Alexander

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
19/11/2021
15:27 MYT
PRN Sarawak: PBB dalam proses tapisan calon sebelum senarai akhir dimuktamad - Alexander
Alexander mengadakan sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di Kuching pada Jumaat. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini dalam proses penapisan calon sebelum senarai akhir diputuskan.
Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata proses itu akan melalui tapisan oleh pihak berkuasa.
“Sebagai komitmen untuk memastikan kredibiliti dan integriti semua calon PBB yang dipilih untuk bertanding kelak, semua penyandang dan calon-calon cadangan akan ditapis oleh Jabatan Insolvensi, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di sini pada Jumaat.
Dalam mesyuarat itu kata Alexander, PBB turut membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan diadakan dalam masa terdekat.
“Perbincangan meliputi kerjasama antara komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam melahirkan satu pasukan yang ampuh bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran kerajaan GPS,” jelasnya.
Dalam pada itu, PBB katanya akan memperkenalkan muka baharu sebagai usaha ke arah pembaharuan kepada parti.
“Apa pun kita perlu menunggu proses tapisan itu selesai sebelum memutuskan calon akhir yang akan bertanding kelak.
“Kita akan menampilkan 10 hingga 20 peratus muka baharu namun ia belum muktamad setakat ini,” katanya.
Untuk rekod, PBB memiliki 47 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PBB
#Alexander Nanta Linggi
#tapisan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan