KUALA LUMPUR: Peratusan keluar mengundi rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) Sarawak dijangka boleh mencapai 65 peratus sepertimana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Ammar Redza, meskipun pada awalnya menunjukkan peratusan keluar mengundi yang agak perlahan, namun jumlah itu dijangka meningkat menjelang tengah hari sehingga petang.
"Berdasarkan pemerhatian, ada mengambil kesempatan pagi hari pulang ke Saratok, Sri Aman. Jadi kegembiraan dan kegirangan memilih kerajaan berdasarkan pilihan mereka dalam peti undi, terdapat dalam rakyat Sarawak.
"Cuma kalau kita bersikap sedikit pragmatik di kawasan ada masalah cuaca, saya berpendapat jumlah peratusan mungkin sedikit rendah berbanding kawasan lain.
"Kalau kita perhatikan mungkin ada dua tiga kerusi berdasarkan PRN ke-11 dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, peratusan pengundian agak rendah, tapi saya percaya mungkin kita boleh capai seperti PRN Melaka sekitar 65 peratus itu angka cukup baik," jelasnya.
Sementara itu bagi Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Dr Nadrawina Isnin, beberapa saluran terutama saluran tujuh menunjukkan peratusan keluar mengundi agak perlahan pada sebelah pagi tadi.
"Pelajar-pelajar saya beritahu awal, ini masa (mereka) nak keluar mengundi. Tetapi anak muda ini ramai yang last minute, jadi kita doakan mereka tetap akan keluar mengundi.
"Mereka perlu tingkatkan peratusan itu, cuba mengatasi di PRN Melaka dibawah 65 peratus. Masih ada masa, tapi ikut masa ditetapkan," jelasnya ketika ditemubual dalam program Sarawak Memilih pada Sabtu.
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula pada 7.30 pagi Sabtu dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu.
Proses itu membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN itu yang akan diuruskan oleh seramai 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada 5 petang nanti.
Fareez Azman
Sat Dec 18 2021
Meskipun pada awalnya peratusan keluar mengundi agak perlahan, namun jumlah itu dijangka meningkat menjelang tengah hari sehingga petang. - Gambar hiasan
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia
Seri Paduka Baginda mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia cemerlang raih satu gangsa, empat 'Medallion for Excellence' di WorldSkills Lyon
Wong Hsun Wei meraih pingat gangsa dan dinobatkan Best Of Nation pada acara penutup WSC 2024 dan penyampaian pingat pada Ahad.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit daripada pemain muda itu cukup untuk mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.