awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Saingan lebih empat penjuru dijangka di DUN Mambong

Afiezul Samit
Afiezul Samit
14/11/2021
05:20 MYT
PRN Sarawak: Saingan lebih empat penjuru dijangka di DUN Mambong
Jelas Jerip, semakin ramai yang mahu bertanding, persaingan merebut kerusi DUN Mambong akan jadi lebih menarik. - Gambar fail
PADAWAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong dijangka menyaksikan pertandingan lebih empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) nanti.
Penyandang DUN Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menjelaskan beberapa parti telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan berkenaan.
“Saya rasa ramai yang akan bertanding pada PRN kali ini. Semua mereka mahu bertanding di sini (DUN Mambong).
“Antaranya Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Pakatan Harapan (PH) dan ada juga yang akan bertanding atas tiket bebas, semakin ramai semakin sedap (menarik),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Pacakan Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kota Padawan hari ini.
Beliau tetap optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh penting PRN Sarawak, proses lanjut boleh dilaksanakan dengan lancar termasuk kempen.
“Kita yakin dengan strategi yang dirancang serta ‘senjata’ rahsia yang akan digunakan, lebih 70 peratus daripada 19,000 penduduk Mambong akan turun mengundi,” katanya.
Sebelum ini pada PRN Ke-11 Sarawak, hanya 65 peratus daripada mereka yang layak mengundi di Mambong hadir mengundi.
Sementara itu, dalam Program Jelajah Pacakan Bendera GPS Jerip berkata ia sebagai persediaan yang lebih rapi selain mengantikan bendera lama ekoran penangguhan PRN sebelum ini.
"Kami memacakkan bendera di tempat-tempat strategik seperti di simpang jalan, di Kampung-kampung supaya mereka mengenal GPS.
"Kita mahu tingkatkan lagi pendedahan logo GPS kerana ini adalah kali pertama kita bertanding menggunakan lambang tersebut,"jelasnya.
Program bermula seawal 8 pagi itu melakukan pacakkan bendera secara konvoi di sembilan zon kawasan Mambong antaranya Siburan, Senah, Bengoh dan Tebia.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#DUN Mambong
#Datuk Dr Jerip Susil
#Parti Bumi kenyalang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan