awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Sektor ekopelancongan di Bukit Goram akan terus diperhebat - Calon GPS

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
14/12/2021
11:52 MYT
PRN Sarawak: Sektor ekopelancongan di Bukit Goram akan terus diperhebat - Calon GPS
Menurut Jefferson, peninggalan seni bina asli ini juga ibarat satu tuah kepada penduduk di kawasan itu kerana di sebalik pembangunan infrastruktur yang rancak berlangsung, ia tetap dapat dikekalkan. - Gambar Astro AWANI
KAPIT: Sektor ekopelancongan akan terus diperkasakan dalam usaha memperkenalkan keunikan rumah-rumah panjang di Kapit khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram.
Menurut Jefferson Jamit Unyat, calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan juga penyandang kerusi DUN itu, warisan turun-temurun ini wajar dikekalkan supaya ia tidak ditelan zaman.
Malah dengan mempertahankan struktur asal, generasi muda masyarakat Iban amnya akan mampu menghayati dan mendalami budaya serta keindahan warisan seni bina rumah panjang asal.
“Untuk pembangunan sektor ini, kita memang ada sebuah rumah panjang (Rumah Panjang William Unchat, dahulunya dikenali sebagai Rumah Panjang Jandok Ulu Yong) yang asli dan kita akan terus memelihara dan mempertahankan keunikannya.
“Rumah itu kini tidak lagi didiami masyarakat di situ dan ia dipelihara sebagai warisan supaya ia terus dapat dipromosikan.
“Ini kerana semua rumah panjang di Bukit Goram merupakan rumah moden dan dibina dengan seni bina baharu seperti rumah teres,” katanya.
LAPOR LANGSUNG: PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup
Tambahnya, peninggalan seni bina asli ini juga ibarat satu tuah kepada penduduk di kawasan itu kerana di sebalik pembangunan infrastruktur yang rancak berlangsung, ia tetap dapat dikekalkan.
“Saya akan terus mempertahankan keunikan rumah panjang ini dan akan memperhebatkan usaha membaikpulih bukan sahaja di kawasan itu, malah, rumah-rumah panjang tradisi yang lain.
SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG PRN SARAWAK
“Keduanya, kebanyakan rumah panjang tradisi ini kalau di bahagian dalamnya ada banyak barangan antik, jadi bayangkan kalau ia tidak dipertahankan, apa akan jadi kepada warisan kita?
“Dan saya ingin tekankan bahawa rumah panjang itu bukanlah gambaran kepada rumah panjang moden di kawasan Bukit Goram, kerana rumah panjang ketika ini jauh lebih moden, jadi kita perlu jaga rumah ini,” tambahnya.
Selain itu ujarnya, usaha mempertingkat capaian internet di kawasannya juga kini terus dipertingkatkan sebagai usaha memberi keselesaan kepada warganya.
Malah ujarnya, usaha berterusan dan konsisten ini juga akan terus diperhebatkam sekiranya terus diberi mandat mewakili penduduk di Dun itu.
“Ini adalah usaha berterusan dan pastinya dengan segala langkah dan inisiatif yang digariskan ketika ini, capaian internet di sini akan mampu dipertingkatkan sebaiknya,” katanya.
Antara lain, sebagai usaha melestarikan alam sekitar yang menghijau di Bukit Goram, pihaknya akan memastikan perkhidmatan lori sampah akan terus dipanjangkan ke kawasan-kawasan yang tidak ada perkhidmatan itu sebelum ini.
Ini kerana jalan raya sudah dibina sebagai akses ke setiap kawasan di Bukit Goram, jadi tiada masalah untuk perkhidmatan itu dipanjangkan.
“Saya sering membangkitkan isu ini dan akan terus memohon Majlis Daerah Kapit untuk memanjangkan perkhidmatan mereka ke kawasan pedalaman kerana jalan raya sudah dibina.
“Tiada kesukaran untuk ke kawasan-kawasan ini dan kita akan memastikan perkara ini dapat diselesaikan segera.
“Saya mengambil serius isu ini demi alam sekitar kita dan akan terus berjuang bagi memastikan hal ini dapat dijayakan,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak ke-12
#Gabungan Parti Sarawak
#Rumah Panjang William Unchat
#Jefferson Jamil Unyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan