awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: SU MPN Kelantan calon DUN Tanjong Mas

Bernama
Bernama
28/07/2023
13:10 MYT
PRN: SU MPN Kelantan calon DUN Tanjong Mas
Setiausaha MPN Kelantan Zinda Khalil Sastro Hassan dinamakan sebagai calon kerusi DUN Tanjong Mas pada PRN nanti. - Gambar Suara Keadilan
KOTA BHARU: Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Zinda Khalil Sastro Hassan dinamakan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Timbalan Pengerusi MPN Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai keputusan pimpinan pusat Pakatan Harapan (PH) berkenaan, semalam.
"Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) telah meminta bakal calon berkenaan menyediakan dokumen yang diperlukan.
"Beliau dijangka akan menerima watikah pelantikan semasa program bersama Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Terengganu hari ini," katanya kepada Bernama, hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain menyerahkan kepada pimpinan pusat menentukan calon di kerusi DUN Tanjong Mas.
Ia susulan Parti Amanah Negara (Amanah) yang pada mulanya dijadual meletakkan calon di kerusi tersebut, diberi kerusi baharu iaitu DUN Kota Lama.
Pada PRN nanti, PH yang merangkumi Amanah dan PKR akan bertanding di 14 kerusi daripada 45 kerusi DUN Kelantan, manakala rakan sekutu PH iaitu Barisan Nasional (BN) pula meletakkan calon di 31 kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zinda Khalil Sastro Hassan
#JPRP
#Pakatan Harapan
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan