GOMBAK: Calon Barisan Nasional (BN), Megat Zulkarnain Omardin mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen bantahan terhadap keputusan pilihan raya negeri (PRN) berikutan kekalahan tipis 58 undi ketika bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Pengerusi UMNO Selangor itu berkata, proses ke arah itu sedang dilaksanakan oleh pasukan guaman yang dilantik.
"Saya ada menerima pelbagai permintaan agar membuat petisyen di atas keputusan yang diumumkan.
"Pasukan peguam saya sedang meneliti dan sedang mengumpul bukti untuk kemukakan petisyen bantahan ke mahkamah agar dapat diberikan pertimbangan sewajarnya.
"Insya-Allah kalau diberikan keizinan (menang) oleh Allah SWT. Kita serahkan kepada peringkat tertinggi (mahkamah) untuk membuat keputusan," katanya menerusi video ringkas dikongsi di TikTok pada Isnin.
PRN DUN Gombak Setia menyaksikan Muhammad Hilman Idham berjaya mempertahankan kerusi disandangnya selepas memperoleh 30,299 undi.
Muhammad Hilman yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menewaskan Megat Zulkarnain yang memperoleh 30,241 undi, manakala calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali dengan 1,076 undi.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi undi kepada beliau.
Beliau menganggap undi itu adalah amanah dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.
"Saya telah sebaik mungkin yakinkan pengundi untuk beri peluang kepada saya berkhidmat kepada rakyat Gombak Setia, namun kita terima keputusan yang telah dibuat.
"Sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada jentera BN, Pakatan Harapan (PH) juga badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membantu saya," katanya.
Beliau pada sama berkata, akan terus memberikan perkhidmatan kerana bumi Gombak Setia merupakan tempatnya dilahirkan, dibesarkan dan tinggal sehingga kini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 14 2023
Megat Zulkarnain Omardin berkata, proses ke arah itu sedang dilaksanakan oleh pasukan guaman yang dilantik. - Gambar/ Sinar Harian
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).