awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Trend pengundi muda diramal cenderung PN' - Ilham Centre

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2023
09:57 MYT
PRN: 'Trend pengundi muda diramal cenderung PN' - Ilham Centre
Ilham Centre mendapati program Temu Anwar, pemberian ewallet Belia RM 200 dan sebagainya masih belum mampu menarik sokongan pengundi muda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kajian terbaharu Ilham Centre menunjukkan pola pengundian pengundi muda seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dijangka kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Menurut Ilham Centre, berdasarkan kajian, pengundi muda dijangka kekal cenderung memilih Perikatan Nasional (PN).
Kaji selidik yang dilakukan firma itu mendapati program Temu Anwar, pemberian e-wallet Belia RM200 dan sebagainya masih belum cukup kuat untuk menarik sokongan pengundi muda.
"Ternyata maklumat yang ditemui dalam kajian ini membuktikan pola itu masih kekal dan PH menghadapi cabaran untuk menganjak dan menarik sokongan pada segmen ini.
"Walaupun PMX begitu agresif berdialog dan turun bertemu anak muda di kampus, ternyata ia belum memadai untuk merubah secara peratusan besar menukar sokongan mereka kepada parti pemerintah," kata firma itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kaji selidik yang dilakukan juga mendapati pengundi muda tidak kekok berkongsi kecenderungan politik mereka secara terbuka malah kini lebih jelas menunjukkan pendirian politik masing-masing.
"Tiada istilah undi adalah rahsia, mereka merasa selesa menzahirkan sikap dan sokongan dalam PRN kali ini.
"Kecenderungan membuat keputusan mereka berbeza berdasarkan demografi, psikografi dan lokaliti," katanya lagi.
Ilham Centre juga menjelaskan suasana sejuk dan hambar dalam tempoh kempen di empat negeri, manakala agak panas di Selangor dan Kedah.
Topic Berkaitan
#PRN
#ILHAM Centre
#pengundi muda
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan