awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN12 Sarawak: Pas tidak bertanding bukti persefahaman baik dengan GPS

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2020
08:15 MYT
PRN12 Sarawak: Pas tidak bertanding bukti persefahaman baik dengan GPS
Fatimah berkata, tindakan Pas tidak bertanding memberi gambaran baik sokongan parti itu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Tindakan Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) memberi gambaran baik sokongan parti itu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, keputusan itu turut menunjukkan persefahaman baik antara kedua-dua pihak yang merupakan komponen dalam Perikatan Nasional.
"Ia berita baik mereka tidak bertanding. Saya rasa persefahaman tercapai memandangkan kita sama-sama dalam PN.
"Keputusan ini juga memberi situasi menang-menang antara kedua-dua pihak," katanya ketika mengulas mengenai tindakan Pas tidak bertanding pada PRN12 Sarawak.
Terdahulu, Fatimah yang juga Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menerima kunjungan hormat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Baitul Makmur Kuching pada Jumaat.
Sementara itu, satu Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri akan ditubuhkan dalam usaha mempromosikan semangat kekitaan dalam masyarakat.
Katanya, melalui platform itu, isu perpaduan dan pelaksanaan program akan diberi penekanan supaya membawa impak baik buat rakyat berbilang kaum.
"Kita bincang bersama dalam mesyuarat bagaimana kita nak kenal pasti nilai-nilai bagus yang ada dalam kalangan masyarakat negeri ini.
"Kita mahu mencari penyelesaian kepada kekuatan yang menyumbang kepada solidariti, perpaduan dan hidup harmoni," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Fatimah Abdullah
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Ketua Wanita PBB
#PAS
#Pilihan Raya Negeri 12
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan