awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Podium turut bantu raih pingat di temasya lain - Tunku Imran

Bernama
Bernama
07/12/2016
05:08 MYT
Program Podium turut bantu raih pingat di temasya lain - Tunku Imran
TUNKU IMRAN: Atlet perlu diingatkan matlamat akhir program ini, sudah tentu untuk mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) percaya Program Podium kendalian Institut Sukan Negara akan membantu atlet mendapat lebih banyak pingat bukan sahaja di Sukan Olimpik tetapi juga di sukan bertemasya yang lain.
Presidennya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata Program Podium dikendalikan dengan cukup profesional dan atlet akan memperoleh banyak faedah serta membantu mereka mendapatkan pingat di Sukan Komanwel, Asia dan SEA.
"Saya boleh katakan Program Podium adalah sangat baik tetapi atlet perlu diingatkan matlamat akhir program ini, sudah tentu untuk mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini hari ini.
Sementara itu, Tunku Imran berkata MOM telah menerima laporan rasmi daripada chef de mission negara ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid.
"Namun saya belum membacanya secara lengkap...kami akan meneliti cadangan daripadanya," kata Tunku Imran.
Menurutnya, dalam mesyuarat lembaga akan datang, MOM akan melantik chef de mission bagi Sukan Seni Mempertahankan Diri Dalam Dewan Asia 2018 di Turkmenistan; Sukan Belia Komanwel 2018 di Bahamas serta Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet Malaysia
#Majlis Olimpik Malaysia
#MOM
#Olimpik
#Tunku Imran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan