awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU dan PRN serentak? Cadangan yang baik - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2020
06:15 MYT
PRU dan PRN serentak? Cadangan yang baik - Abdul Karim
Selain itu tambah Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini sudah bersedia untuk menghadapi PRN12 walaupun ia tidak akan diadakan dalam masa terdekat. - Bernama
KUCHING:Penganjuran pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak secara serentak akan mampu menjimatkan kos.
Demikian respons Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Ujarnya, penganjuran sesuatu pillihan raya memerlukan kos perbelanjaan yang besar dan situasi ketika ini tidak mengizinkan berlakunya pembaziran.
“Sekiranya dapat diadakan secara serentak, saya percaya ia merupakan cadangan yang baik namun semua keputusan bergantung kepada pemimpin atasan.
“Kalau boleh janganlah terlalu banyak pillihan raya diadakan kerana ia melibatkan kos jutaan ringgit dan ini juga merupakan duit rakyat,” jelas Abdul Karim.
Selain itu tambahnya, jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini sudah bersedia untuk menghadapi PRN12 walaupun ia tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
“Bercakap mengenai persediaan parti, saya boleh katakan bahawa GPS sudah bersedia sepenuhnya.
“Namun, pilihan raya kebiasaannya tidak diadakan ketika berlangsungnya peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kerana kita tidak mahu mengganggu perjalanan proses itu,” tambahnya lagi.
Abdul Karim berkata demikian dalam temu bual khas menjelang PRN12 di bangunan Baitulmakmur II, Kuching pada Rabu.
Topic Berkaitan
#pilihan raya Sarawak
#pilihan raya umum
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#PRU dan PRN serentak
#Gabungan Parti Sarawak
#Sarawak Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan