awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Misi lonjak pendapatan ringankan cabaran hidup di Lembah Pantai

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
30/04/2018
20:49 MYT
PRU14: Misi lonjak pendapatan ringankan cabaran hidup di Lembah Pantai
Suasana sepanjang musim pilihan raya di Lembah Pantai. -Gambar fail/Bernama
Kurang RM1,000 pendapatan bulanan, tetapi ada dua anak untuk dijaga.
Ini situasi yang dihadapi Lina (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal berusia sekitar 40an yang mendiami salah satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Pantai.
"Memang tidak cukuplah kalau hendak cakap. Saya terpaksa memohon bantuan jika ingin dicukupkan.
"Kalau hendak tambah lagi, saya cuba meniaga macam-macam. Baju ke, semua dibuat secara online (dalam talian)," katanya yang sudah membesarkan dua orang anaknya bersendirian sejak enam tahun lalu.
Apabila ditanya apakah ikhtiar yang dibuat untuk mengurangkan kesempitan hidup, Lina terdiam sejenak.
"Bukan tidak mahu hendak keluar daripada keadaan ini tetapi saya tidak tahu sangat nak berniaga sampai untung besar.
"Kalau ada, saya ingin belajar. Bukan saya tidak pernah belajar. Dulu belajar juga untuk buat kek tetapi tidaklah untung banyak," katanya.
Masalah yang dihadapi Lina turut membelenggu segelintir golongan yang menetap di Lembah Pantai.
Walaupun purata gaji bagi mereka di Kuala Lumpur adalah RM3,620, namun masih ada golongan yang berpendapatan B40 yang menetap di sini.
Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860.
Bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini, Astro AWANI mendapatkan reaksi dan cadangan daripada calon-calon yang bertanding di Lembah Pantai.
Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bagi Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dari Barisan Nasional, tumpuan akan diberikan kepada mengatur semula kawasan di Lembah Pantai bagi tujuan perniagaan.
"Selain itu, sudah pasti saya juga akan mencari kaedah memudahkan proses mendapatkan lesen supaya lebih ramai ada peluang bagi meningkatkan pendapatan," kata beliau.
Bagi calon Pas, Fauzi Abu Bakar, manifesto yang ditawarkan Pas turut menggariskan bantuan one-off bagi meringankan beban orang ramai berhubung kos sara hidup.
"Kita akan menyediakan pelbagai program dan inisiatif termasuk one stop centre bagi tujuan latihan semula dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan," katanya.
Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sementara itu, bagi calon PKR Fahmi Fadzil, penyelesaian tersebut digariskan dalam tawaran manifesto bagi Lembah Pantai.
"Selain memansuhkan GST, kami juga ingin program-program mesra rakyat seperti 'Food Bank' dan juga 'Lembah Pantai Ku Sihat!'
"Inisiatif ini penting untuk elakkan masalah malnutrisi membelenggu rakyat walaupun menghadapi kos sara hidup," katanya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#BN
#BR1M
#gaji
#GST
#Kuala Lumpur
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Manifesto
#pendapatan
#Projek Perumahan Rakyat
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan