Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pilihan raya paling sengit dalam sejarah UMNO dan bakal menentukan kelangsungan parti itu sebagai parti pemerintah, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Naib presiden UMNO itu berkata parti itu perlu bersedia menghadapi persaingan bagi mengelak nasib parti pemerintah seperti parti Golkar di Indonesia, Kongres (India), Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun dan Kuomintang di Taiwan yang kalah dalam pilihan raya.
Katanya, pandangannya itu bukan untuk menakut-nakutkan anggota UMNO tetapi hanya memberi gambaran sebenar dan realiti yang harus diterima oleh parti itu.
Beliau memberi peringatan bahawa UMNO harus kembali mendapatkan mandat baharu pada PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dan ia bukan satu tugas yang mudah.
"Mandat lima tahun kita sudah hampir dua pertiga hayatnya ... ini bermakna UMNO harus kembali mendapat mandat baharu, namun ia bukanlah semudah kita impikan," katanya ketika merasmikan Konvensyen UMNO Johor, di sini, malam ini.
Justeru, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, meminta semua anggota UMNO Johor supaya berusaha gigih mulai hari ini bagi memastikan kemenangan parti dalam PRU14.
Konvensyen dua hari dengan tema 'UMNO Memacu Melayu Maju' itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Md Jais Sarday.
Hishamuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong, dalam pada itu turut meminta UMNO mendepani pilihan raya akan datang dengan strategi berlainan, bersesuaian dengan keadaan semasa.
Katanya, ini penting kerana strategi harus bersandar kepada kekuatan sebenar UMNO dan mengambil pengajaran daripada pelbagai pengalaman dilalui.
Hishammuddin berkata di Johor, beliau gembira melihat usaha telah pun dilakukan oleh Menteri Besar dengan pengenalan beberapa inisiatif seperti Johor Berkemajuan dan Johor Prihatin.
Katanya, meskipun segala inisiatif ini akan memenangkan UMNO Johor pada PRU14 namun anggotanya diingatkan bahawa mereka bukan berada di zon selesa kerana terdapat individu yang masih tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.
Justeru, beliau berharap konvensyen itu akan menjadi wadah untuk UMNO Johor menyedari tugas besar mereka iaitu meneruskan kelangsungan sebagai nadi dan nafas UMNO secara keseluruhannnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Hishamuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong, dalam pada itu turut meminta UMNO mendepani pilihan raya akan datang dengan strategi berlainan, bersesuaian dengan keadaan semasa. - Gambar fail
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Indonesia berharap dapat 'gabung suara' dengan Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang disegani negara-negara Islam lain kerana kelantangannya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Jokowi pertimbang rombakan kabinet dengan parti baru
Presiden Indonesia Joko Widodo sedang mempertimbangkan untuk melantik anggota kabinet daripada parti-parti politik baru.
PEMILU: Gandingan Prabowo-Hatta lemah di Indonesia Timur kata penganalisis
Gandingan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa dijangka akan menghadapi masalah untuk memenangi hati rakyat Indonesia Wilayah Timur.
Pemimpin Golkar ingkar keputusan parti, umum sokong Jokowi-Hatta
Krisis dalaman Parti Golkar terus memuncak apabila beberapa orang pemimpinnya secara terbuka dengan menyatakan sokongan kepada PDI-P.
Jokowi sah bertanding pilihan raya Presiden Indonesia
Pencalonan Gabenor Jakarta yang popular itu diumumkan oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Jumaat.