awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Akhbar digital 'Brita Kapit' kaedah efektif dekati belia - Alexander

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
06/11/2022
06:10 MYT
PRU15: Akhbar digital 'Brita Kapit' kaedah efektif dekati belia - Alexander
Penduduk Rumah Untang Sungai Yong, Kapit sedang tekun membaca isi kandungan Brita Kapit yang juga boleh diakses secara dalam talian. - Astro AWANI
KAPIT: Penyandang Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah melancarkan edisi pertama ‘Brita Kapit’ iaitu akhbar 12 muka surat yang boleh diakses secara dalam talian oleh penduduk Kapit di seluruh negara.
Akhbar dalam talian yang boleh diakses menggunakan peranti mudah alih itu berperanan sebagai sumber informasi utama penduduk di seluruh kawasan Kapit sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Alexander menjelaskan edisi khas tersebut akan memaparkan perkembangan terkini sekitar Kapit merangkumi aktiviti setempat, pendidikan, sosial dan ekonomi.
“Akhbar ini boleh dilayari secara digital di www.britakapit.com dan pembaca akan dibawa masuk ke halaman akhbar digital Brita Kapit yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
“Brita Kapit ini juga diedarkan secara fizikal bagi setiap suku tahun bermula 2023, dengan adanya Brita Kapit ini, penduduk boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang program dan usaha yang dijalankan kerajaan bagi membantu penduduk di sini,” katanya.
Alexander sedang membaca kandungan Brita Kapit versi fizikal yang bakal diedarkan setiap suku tahun bermula 2023. - Astro AWANI
Alexander sedang membaca kandungan Brita Kapit versi fizikal yang bakal diedarkan setiap suku tahun bermula 2023. - Astro AWANI
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Program Pengukuhan Kelas Literasi KEMAS di Rumah Untang Sungai Yong di sini pada Ahad.
Tambah Setiausaha Agung GPS itu lagi, akhbar secara digital ini boleh diakses oleh pembaca dari pelbagai lapisan umur terutamanya anak-anak muda.
“Golongan belia ini mereka lebih cenderung menggunakan teknologi dalam mendapatkan berita terkini, iq diharapkan dapat memberi maklumat terkini kepada anak kelahiran Kapit yang mungkin telah berhijrah jauh dari daerah ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Alexander Nanta Linggi
#Kapit
#Brita Kapit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan