awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Amanah mahu Dzulkefly Ahmad pertahan Kuala Selangor

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/10/2022
02:15 MYT
PRU15: Amanah mahu Dzulkefly Ahmad pertahan Kuala Selangor
Pimpinan Amanah yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja beliau lakukan selama ini. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Parti Amanah mahu penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk terus mempertahankan kerusi parlimennya dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) walaupun beliau memberi laluan kepada calon yang lebih muda.
Menurut Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, tindakan mengekalkan bekas menteri kesihatan itu bagi memberikan peluang lebih baik untuk Pakatan Harapan mengekalkan kerusi tersebut.
Katanya, pimpinan parti sebelum ini telah memberikan isyarat awal untuk Dzulkefly memberikan laluan kepada calon lain atas permintaannya.
“Tetapi, setelah Umno mahu meletakkan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor, kami pimpinan Amanah dan juga Pakatan Harapan mahu Dr Dzul bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor ini sekali lagi.
“Ini kerana, bagi kami, PRU15 ini adalah sangat kritikal dan serius. Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya pimpinan Amanah yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja beliau lakukan selama ini.
Antaranya kegigihan beliau membantu rakyat, di samping tugasan beliau di peringkat negeri Selangor (STFC dan lain-lain) dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu.
Pada PRU14 yang lalu Dzulkefly bertanding kerusi Parlimen Kuala Selangor menggunakan logo PKR mendapat majoriti 8,498 undi dalam pertandingan tiga penjuru antara BN dan Pas.
Topic Berkaitan
#MalaysiaMemilih
#PRU15
#Dzulkefly Ahmad
#Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan