awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara mahu tawan hati pengundi Sri Aman

Azizah Alwi
Azizah Alwi
03/11/2022
12:07 MYT
PRU15: Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara mahu tawan hati pengundi Sri Aman
Doris dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada 26 Januari 2012 dan mencipta sejarah menjadi wanita pertama dilantik senator mewakili Sarawak pada 12 Mac 2010. - Astro AWANI
KUCHING: Berbaki 16 hari menuju hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dimanfaatkan sepenuhnya calon baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memikat lebih 50,000 pengundi di Sri Aman.
Datuk Doris Sophia Brodie yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara berkata beliau akan menggunakan tempoh berkenaan semaksimum mungkin bagi mendekati pengundi yang bakal memilih wakil rakyat mereka pada 19 November ini.
“Ya.Saya memang sudah sah menjadi calon tetapi masih belum sah untuk menjadi wakil rakyat.
“Berbaki 16 hari lagi saya akan bekerja keras untuk memastikan bahawa saya berjaya menawan hati pengundi untuk menyokong GPS di Sri Aman,” ujarnya.
Tambah Doris, fokus utama ketika ini adalah untuk menarik sokongan pengundi baru demi memahami aspirasi GPS dalam memperjuangkan hak negeri Sarawak.
“Fokus utama saya adalah kepada pengundi baru yang berjumlah sekitar 17,000 daripada jumlah keseluruhan pengundi adalah sekitar 50,000 pengundi,” katanya.
Doris dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada 26 Januari 2012 dan mencipta sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai senator mewakili Sarawak pada 12 Mac 2010.
Untuk rekod, Sri Aman adalah kerusi tradisi Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang sebelum ini disandang Datuk Masir Kujat atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU 14.
Masir bagaimanapun meninggalkan PRS dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mac 2019 sebelum mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen Bebas.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Datuk Doris Sophia Brodie
#GPS
#masir kujat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan