awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bersatu Terengganu jangka agihan kerusi PN selesai dalam masa terdekat

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/10/2022
03:00 MYT
PRU15: Bersatu Terengganu jangka agihan kerusi PN selesai dalam masa terdekat
Datuk Razali Idris (tengah) berkata senarai nama calon yang akan diketengahkan pada PRU15 sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan dan kini dalam proses fasa akhir. - Astro AWANI
MARANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu menjangkakan pengagihan kerusi bersama komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, meskipun beberapa siri perbincangan telah dilakukan, namun ia masih belum disimpul rapi bagi menentukannya.
Jelas Razali rudingan lanjut akan terus dilaksanakan bagi memutamadkannya walaupun sebelum ini pihaknya memaklumkan akan bertandingan di kerusi yang dikuasai UMNO.
"Memang masih kekal dengan cerita dulu, kita akan bertanding di kerusi UMNO.
"Tapi dalam masa yang sama mungkin kita akan bincang jugak dengan Pas sebab Pas pun mungkin di kerusi-kerusi UMNO. Mungkin kita akan bincang di situ kemudian bahagi-bahagikan kerusi," katanya.
Beliau berkata senarai nama calon yang akan diketengahkan pada PRU15 sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan dan kini dalam proses fasa akhir.
Jelas Razali lagi, parti itu juga akan menampilkan muka baharu menerusi PRU itu nanti dan terus mengekalkan Datuk Rosol Wahid di Parlimen Hulu Terengganu.
Terdahulu Bersatu Terengganu berhasrat untuk meletakkannya calonnya di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
Selain itu parti itu juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu serta meletakkan calonnya bertanding di kerusi Parlimen Besut.
Topic Berkaitan
#Bersatu Terengganu
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Razali Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan