awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN terima, hormati keputusan rakyat - Zahid Hamidi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/11/2022
17:36 MYT
PRU15: BN terima, hormati keputusan rakyat - Zahid Hamidi
Barisan Nasional menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Presiden UMNO itu, BN menganggap keputusan malam ini merupakan satu isyarat besar dari rakyat kepada parti tersebut.
“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.
“Kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini.
Sehingga pukul 1.30 pagi Ahad, BN hanya memperoleh 23 kerusi Parlimen jauh ketinggalan berbanding Pakatan Harapan sebanyak 52 kerusi dan Perikatan Nasional 53 kerusi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan antara tiga wilayah itu.
“Dalam masa yang terdekat, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami, terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” kata beliau lagi
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#jajaran baharu
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan