KOTA BELUD: Barisan Nasional (BN) Sabah tidak menolak kemungkinan untuk menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri itu berkata berkata perbincangan bersama GRS mengenai kerjasama itu masih diteruskan, termasuk dalam usaha memastikan tidak ada pertembungan berlaku antara kedua-dua gabungan parti politik tersebut, pada pilihan raya berkenaan.
"Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Jadi, kita tidak pastikan confirm atau tidak, tetapi kemungkinan untuk bekerjasama memang ada.
"Perbincangan sudah dilaksanakan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan. Bagaimanapun, kita belum dapat memuktamadkannya kerana kita akan melihat dahulu sokongan rakyat akar umbi, bagaimana kekuatan BN.
"Ini kerana, kalau kita mahu berkongsi dengan mana-mana pihak, sudah tentu kita mesti ada kekuatan. Kalau kita tidak ada kekuatan, orang lain tidak mahu bekerjasama dengan kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Biru BN serta Jentera BN Kota Belud dan Tuaran di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga Ketua Menteri dilaporkan berkata BN dan UMNO Sabah secara prinsip bersetuju untuk bekerjasama dengan GRS pada PRU15.
Hajiji berkata langkah seterusnya adalah perbincangan pembahagian kerusi dan semua ahli parti dinasihatkan supaya bersikap realistik, kerana Sabah hanya memiliki 25 kerusi Parlimen yang perlu diagihkan secara sama rata antara rakan kongsi.
Bung Moktar berkata pihaknya juga akan memastikan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dilakukan atas prinsip menang-menang.
Sementara itu, Bung Moktar berkata BN Sabah telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi diketengahkan bagi mewakili parti pada PRU15, dan pihaknya sedang dalam proses menghantar senarai nama tersebut kepada BN pusat.
"Tetapi saya belum mahu maklumkan sekarang. Sebetulnya yang memilih calon adalah BN Sabah, bukan dari Kuala Lumpur. Cuma lazimnya, watikah diberikan oleh Pengerusi BN. Jadi jangan bimbang, memang kita yang memilih calon," katanya.
Mengenai program tersebut, Bung Moktar berkata, ia akan diteruskan ke seluruh Sabah bagi meningkatkan momentum sokongan ahli akar umbi BN di negeri itu, sebagai persediaan menghadapi PRU15.
"Saya cukup yakin dengan kerja keras, usaha dan strategi tepat, BN masih relevan dan diterima oleh rakyat. Dalam pilihan raya nanti, kita akan mencadangkan beberapa manifesto untuk dimasukkan dalam mansifesto (BN) kebangsaan untuk kepentingan rakyat Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
BUNG MOKTAR: Dalam politik macam-macam boleh berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
GRS-BN di Sabah 'terkubur', hilang percaya terhadap Hajiji
Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.
Hanya dua portfolio menteri penuh, Arthur Kurup bimbang pembangunan Sabah dipinggir
Sabah dilihat sebagai wilayah yang 'rugi' apabila hanya diberikan dua portfolio menteri penuh berbanding Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri II.
Pasca PRU15: GRS tolak tuduhan isytihar 'perang' tehadap BN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya gabungan itu mengisytiharkan 'perang' terhadap Barisan Nasional (BN) Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.
PRU15: BN Sabah akur dan sokong gabungan diputuskan BN Pusat
Semua tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan akur dengan keputusan BN Pusat dalam menentukan gabungan yang akan mentadbir negara.
PRU15: Pilih parti bawa perubahan, pembangunan - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan parti terbaik dalam membawa perubahan serta pembangunan, seterusnya memberikan masa depan lebih baik untuk Sabah.
PRU15: Rakyat Sabah perlu yakin janji BN basmi kemiskinan - Bung Moktar
Rakyat Sabah perlu yakin terhadap janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) khususnya mengenai usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
PRU15: Pertembungan GRS-BN di Ranau, Ewon tidak dapat restu BN Sabah
Tindakan Datuk Ewon Ebin bertanding di kerusi Parlimen Ranau pada PRU15 jelas membelakangkan keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah.
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15; GRS-BN umum 24 calon, satu kerusi masih runding
Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan 11 calon yang akan ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.