awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15 bukan kehendak akar umbi - Annuar Musa

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
07/01/2021
16:06 MYT
PRU15 bukan kehendak akar umbi - Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, desakan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) bukan kehendak akar umbi parti.
Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini.
“Mendesak pilihan raya (PRU15) di saat rakyat dan negara berhempas-pulas dengan COVID-19, banjir, ekonomi jelas mencerminkan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi memperagakan kemaruk kuasa.
“(Sikap itu juga) tidak sensitif kepada derita rakyat. Itu bukan kehendak akar umbi,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Khamis.
Mendesak pilihanraya disaat rakyat dan negara berhempas pulas dgn covid19,Banjir,ekonomi,jelas mencerminkan bukan saja tidak bertanggongjawab tapi memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif kepada derita rakyat..Itu bukan kehendak akar umbi.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) January 7, 2021
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
Katanya, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan COVID-19.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, UMNO dijangka berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus mendesak PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat sekali gus boleh memberi keuntungan politik kepada pembangkang.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
#Barisan Nasional
#banjir
#pilihan raya umum
#COVID-19
#politik
#protes
#PRU-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan