awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Calon Parlimen dan DUN masih dalam perbincangan - UMNO Pahang

Fareez Azman
Fareez Azman
23/10/2022
05:25 MYT
PRU15: Calon Parlimen dan DUN masih dalam perbincangan - UMNO Pahang
Wan Rosdy berkata keputusan nama calon Parlimen dan DUN negeri Pahang akan dibuat oleh top 5 UMNO sebelum diumumkan. - Foto BERNAMA
PEKAN: UMNO Negeri Pahang masih berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti itu bagi memuktamadkan nama calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, keputusan akan dibuat oleh pemimpin 'Top 5' UMNO sebelum diumumkan.
"Belum muktamad lagi, perbincangan dengan Ibu Pejabat UMNO dan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)," jelasnya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Mengulas mengenai muka baharu yang akan diketengahkan UMNO pada PRU15, ujar Wan Rosdy yang juga Menteri Besar, perkara itu hanya akan diumumkan selepas keputusan dibuat kelak.
"Tak tahu lagi, itu macam biasa (calon lama) tidak 100 peratus kekal. Perkara itu akan dibincang dengan 'Top 5' UMNO," katanya lagi.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Pada PRU ke-14 lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi sembilan daripada 13 kerusi Parlimen dan 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Manakala Pakatan Harapan (PH) empat kerusi Parlimen dan sembilan DUN, Pas pula memenangi lapan kerusi DUN.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#BN
#PH
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan