awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hajiji kutuk kekerasan, kekacauan ketika pilihan raya

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
05/11/2022
11:27 MYT
PRU15: Hajiji kutuk kekerasan, kekacauan ketika pilihan raya
Hajiji turut mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa tindakan tegas diambil oleh pihak polis terhadap insiden rusuhan yang berlaku di pusat penamaan calon Dewan DSP Antanom pada Sabtu.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Sehubungan itu beliau meminta orang ramai terutama penyokong mana-mana parti agar tidak emosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini", menurut kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri.
Kenyataan tersebut susulan insiden rusuhan yang berlaku di pusat penamaan calon, Dewan DSP Antanom, Tenom pada siang tadi melibatkan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM).
Kekecohan yang terjadi itu didakwa berpunca daripada penolakan pencalonan Presiden Parti KDM, Datuk Peter Anthony untuk bertanding di Parlimen Tenom.
Sementara itu, Datuk Peter Anthony dalam satu sidang media mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pusat membantah pencalonan beliau yang dibuat diluar daripada masa yang diperuntukkan iaitu pada 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Hajiji Noor
#Gabungan Rakyat Sabah
#rusuhan Tenom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan