awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hajiji minta Shafie Apdal reset Semporna dulu sebelum reset Sabah

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2022
09:53 MYT
PRU15: Hajiji minta Shafie Apdal reset Semporna dulu sebelum reset Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) hadir pada sesi bertemu rakyat di Hotel Grand Wing Tat, Semporna, hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan
SEMPORNA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meminta Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar mengeset semula atau reset Semporna terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai reset Sabah.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri GRS-BN akan melihat untuk menyelesaikan masalah dan isu dihadapi rakyat di Semporna termasuk infrastruktur di Kampung Simunul dan Kampung Bangau-Bangau yang dibawa oleh calon GRS di Parlimen Semporna, Nixon Abdul Habi, dan didakwa telah wujud sekian lama.
“Kita tidak boleh berpuas hati dengan yang lama yang sama tetapi melihat ke hadapan untuk masa depan yang lebih cerah.
"Kita mesti sempurnakan Semporna. Jika beliau (Mohd Shafie) tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, maka biarlah Kerajaan GRS-BN menyelesaikannya,” katanya ketika sesi bertemu rakyat di Hotel Grand Wing Tat, di sini, hari ini.
Hadir sama Nixon dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Abdul Aziz Ibnu.
Dalam pada itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, perkhidmatan feri dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum akan dipertimbangkan secara serius sementara menunggu cadangan Jambatan Pulau Bum-Bum menjadi kenyataan.
Ujar beliau, perbincangan akan dilakukan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk meneliti perkara tersebut.
Menurutnya, perkhidmatan feri itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Bum-Bum.
Mengenai cadangan jambatan pula, beliau berkata, ia sudah lama tetapi kali ini Hajiji memberi jaminan akan membawa perkara itu kepada Kerajaan Persekutuan.
“Sekiranya calon GRS-BN memenangi pilihan raya di sini, saya sendiri akan mengemukakan permohonan itu kepada Kerajaan Persekutuan,” tambah Hajiji lagi.
Topic Berkaitan
#Mohd Shafie Apdal
#Reset Semporna
#Perkhidmatan feri Pulau Bum-Bum
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan