awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jadi calon bukan hak peribadi - Annuar

Bernama
Bernama
22/10/2022
13:04 MYT
PRU15: Jadi calon bukan hak peribadi - Annuar
Menjadi calon bukan hak peribadi, sebaliknya segala keputusan ditentukan pucuk kepimpinan parti, kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Menjadi calon bukan hak peribadi, sebaliknya segala keputusan ditentukan pucuk kepimpinan parti, kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata setiap anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan semangat untuk berkorban dan berkhidmat sepenuhnya kepada parti, walaupun tidak tercalon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kalau mahu menjadi calon untuk bertanding mewakili organisasi atau parti, itu hak parti untuk memilih bukan hak kita, tetapi kalau tetap nak jadi calon untuk bertanding, cari borang sendiri," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Himpunan Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Kelantan di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di sini hari ini.
Katanya pemilihan calon juga perlu memenuhi beberapa kriteria utama seperti direstui pucuk pimpinan, mendapat persetujuan jentera parti serta disenangi rakyat.
Justeru, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata amalan sabotaj atau 'cah keting' tidak sepatutnya wujud kerana ia bukan sahaja merugikan parti, malah memberi kesan kepada diri sendiri.
"'Cah keting' ini istilah asalnya digunakan dalam permainan bola sepak kerana kita bukan sahaja mencederakan orang tetapi mencederakan diri sendiri. Oleh itu, amalan ini tidak perlu ada dalam politik," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati anggota BN supaya tidak terjebak dengan amalan 'cah keting' jika tidak tercalon pada PRU15 nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon bukan hak peribadi
#Annuar Musa
#UMNO dan Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan