LABUAN: Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa parti itu supaya bekerja keras untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana masa depannya terletak di tangan rakyat.
"Sudah tentu, saya satu-satunya daripada MCA yang terselamat (dalam PRU lepas) dan menteri tunggal MCA di dalam kabinet, oleh itu sebagai parti kami perlu bekerja keras, kami tidak mahu terlalu yakin, kami perlu memahami masalah rakyat dan mengatasinya ... barulah kamu akan mendapat sokongan.
"Untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat, sesuatu yang amat penting, MCA di seluruh negara akan memberikan yang terbaik dan akhirnya rakyat akan menilai sama ada kami telah melakukan secukupnya untuk mereka," kata beliau.
Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada wartawan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kepala Perjanjian antara Victoria STS Sdn Bhd dan Fendercare Marine Asia Pacific Pte Ltd berkenaan kerjasama pemindahan kargo antara kapal ke kapal.
"Yang pentingnya, kita perlu kestabilan dan kerajaan yang kuat untuk rakyat dan bagi MCA, saya rasa ada peluang 50:50 dalam pilihan raya nanti. Kami perlu bekerja keras, masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan...kembali kepada rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.
Ka Siong memenangi Parlimen Ayer Hitam dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan 17,076 undi mengatasi calon DAP dan Pas yang masing-masing memperoleh 16,733 dan 4,975 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Ka Siong berkata, MCA di seluruh negara akan memberikan yang terbaik selain memahami dan membantu menyelesaikan masalah rakyat. - Gambar fail

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Had laju tidak lebih 25 km/j bagi mikromobiliti dipertimbang
Garis panduan itu apabila siap akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diluluskan seterusnya diumumkan.

Kerajaan cari penyelesaian atasi isu permit pekerja asing - Wee Ka Siong
Banyak syarikat pelbagai bidang sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan kelewatan kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Pembangunan kemajuan projek ECRL capai 30 peratus - Wee Ka Siong
Bilangan kawasan kerja akan terus meningkat menjelang kemuncak pembinaan pada 2023.

Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".

Kemenangan setiap calon BN jadi keutamaan MCA - Wee
Kemenangan setiap calon Barisan Nasional (BN) menjadi keutamaan MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menurut Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.

Cadangan had usia kenderaan perlu dilihat secara menyeluruh - Wee Ka Siong
Wee Ka Siong berkata, jika mahu laksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna.

Perkhidmatan Shuttle Tebrau ke Woodlands mula operasi, hampir 70,000 tiket terjual
Hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan.

Pindaan terbaharu Akta 333 APJ akan dibentang tidak lama lagi - Wee
Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

PLANMalaysia perincikan garis panduan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti
Larangan hanya terpakai di jalan raya demi memelihara keselamatan orang ramai.