awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Manifesto BN Perak tawar bantuan RM1,000 kepada penuntut IPT, 200,000 peluang kerja

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/11/2022
22:15 MYT
PRU15: Manifesto BN Perak tawar bantuan RM1,000 kepada penuntut IPT, 200,000 peluang kerja
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia sebagai salah satu usaha untuk menarik sokongan golongan tersebut kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak menyediakan pelbagai tawaran kepada orang muda, termasuk menyediakan 200,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
Selain peruntukan RM35 juta untuk program orang muda, ia turut menawarkan bantuan ‘one-off’ RM500 dan RM1,000 kepada mahasiswa Perak yang sedang mengikuti program diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia sebagai salah satu usaha untuk menarik sokongan golongan tersebut kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Pengundi-pengundi muda yang umur 18, dia pun akan tertanya-tanya, apakah dia dapat, kalau dia mengundi Barisan Nasional, apa dia dapat.
"Tentulah dia akan tanya sebab dia dah undi, dia boleh mengundi. Jadi saya kena menjawab soalan itu. Dengan menawarkan, ini bukan janji kosong, saya sebutkan dan saya dah buat kajian," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Manifesto BN Perak di Taman Meru Permai, Ipoh, pada Selasa malam.
Menurutnya, ketika ini terdapat kira-kira 1.1 juta penduduk Perak yang berumur antara 15 hingga 40 tahun, lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 2.6 juta.
Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat sekurang-kurangnya 124,000 orang muda di Perak telah berhijrah keluar sejak 10 tahun lalu, menyebabkan negeri kehilangan banyak bakat.
Oleh itu, ujarnya, jika tiada usaha dibuat, sudah tentu lebih ramai belia akan berhijrah keluar dan Perak akan menjadi negeri masyarakat tua.
Topic Berkaitan
#PRU15
#BN Perak
#bantuan tunai
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan