awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: MIC sedia bertukar kerusi jika parti komponen BN lain miliki peluang lebih cerah

Bernama
Bernama
24/10/2022
08:52 MYT
PRU15: MIC sedia bertukar kerusi jika parti komponen BN lain miliki peluang lebih cerah
Saravanan ditemui pada rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIC sedia bertukar kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain memiliki peluang lebih cerah untuk menang di kerusi-kerusi terbabit.
Timbalan Presidennya Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu, untuk kebaikan bersama gabungan itu dan bagi membuktikan sifat positif yang diamalkan antara parti komponen BN.
"Konsep BN ialah kami berbincang dan membuat keputusan secara berhemah.
"BN selalu positif. Walaupun kami pernah kalah, kami masih bersama. Ada parti tidak sampai dua tahun bersama pun sekarang sudah berpecah lima," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU15, berserta calon yang akan mewakili mereka dalam masa terdekat.
"Kami telah mengenal pasti kerusi sedia ada dan sedang berbincang sekiranya ada ruang untuk menambah kerusi. Tan Sri Vigneswaran akan membuat pengumuman dalam masa terdekat," katanya.
Terdahulu, MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen, pada PRU15 yang hari pengundiannya ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 19 Nov.
Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#MIC
#PRU15
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan