awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang

Alexion Mairin
Alexion Mairin
18/05/2022
06:57 MYT
PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
Pada masa sama, beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata beliau juga bakal bertanding dalam PRU-15 itu nanti.
KOTA KINABALU: PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Setiausaha Pas Sabah, Aliakbar Gulasan, ini bersandarkan kepada keyakinan bahawa parti itu akan mampu memperoleh kemenangan di beberapa kerusi yang dipertandingkan.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kerusi parlimen yang akan ditandingi mereka.
‘’Kita akan meletakkan calon dalam PRU15, terus terang kita yakin ada kerusi-kerusi yang boleh dimenangi dan kita juga sudah melakukan gerak kerja dengan turun padang bertemu masyarakat.
‘’Kita meletakkan sasaran pasti kita akan bertanding pada PRU15 walaupun kerusi kita tidak sebutkan dahulu,’’ katanya.
Pada masa sama, beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata beliau juga bakal bertanding dalam PRU-15 itu nanti.
‘’Saya boleh katakan kita berada di peringkat akhir menentukan calon-calon dan kita meletakkan calon-calon di kalangan mereka yang profesional dan juga berpendidikan. Sebahagiannya adalah golongan anak muda dan ya saya juga akan bertanding InSyaaAllah,’’ tambahnya.
Mengulas mengenai status Pas Sabah dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aliakbar menyatakan pihaknya masih berpegang kepada perjanjian persefahaman yang sudah ditandatangani pada tahun 2020 dan setakat ini, tiada sebarang perubahan dimaklumkan kepada pihaknya.
‘’Kita masih di dalam GRS dan kita masih berpegang pada memorandum persefahaman yang kita tandatangani pada 2020.
‘’Tidak ada sebarang perubahan daripada persefahaman yang sudah ditandatangani bersama jadi kita masih kerajaan dan terus menyokong kerajaan GRS,’’ ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Pas Sabah
#Aliakbar Gulasan
#Gabungan Rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan