awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas tanding lebih 60 kerusi Parlimen, ada penyandang tidak dicalon semula

Bernama
Bernama
31/10/2022
05:55 MYT
PRU15: Pas tanding lebih 60 kerusi Parlimen, ada penyandang tidak dicalon semula
Kesemua penyandang kerusi Parlimen dari Pas yang tidak dicalonkan semula itu telah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Terdapat penyandang kerusi Parlimen tidak dicalonkan semula untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila Pas mengumumkan calonnya untuk bertanding di lebih 60 kerusi Rabu ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, penyandang yang tidak dicalonkan semula itu telah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka.
Pas kini menyandang 17 kerusi Parlimen.
"Bukan mereka tak bagus, kesemua 17 Ahli Parlimen Pas berkhidmat dengan baik tapi kita mahu beri peluang kepada muka baharu, itu perkara biasa dalam parti," kata Takiyuddin, yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, kepada pemberita selepas majlis pengumuman Program Tenaga Hijau Korporat, di sini, hari ini.
Takiyuddin yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu berkata, beliau percaya tidak ada yang merajuk atau bertindak di luar batasan jika tidak tercalon semula.
"Dalam Pas kita berebut, bukan berebut kerusi, tapi berebut nak berundur (daripada bertanding)," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon (5 Nov) dan pengundian awal pada 15 Nov. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon PAS
#Pas tanding 60 kerusi Parlimen
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan