awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pastikan 90 peratus pengundi putih mengundi esok - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
18/11/2022
09:27 MYT
PRU15: Pastikan 90 peratus pengundi putih mengundi esok - Mohamad Hasan
Calon BN bagi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan sempat bersama jentera parti dan penduduk Gedong, Kota pada hari terakhir berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Bilik Gerakan PDM Gedong hari ini. - Foto BERNAMA
REMBAU: Jentera parti Barisan Nasional (BN) perlu keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus pengundi putih pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN yakin dengan gerak kerja yang tersusun, BN dapat mencapai sasaran meraih kemenangan pada pilihan raya kali ini sekali gus membentuk kerajaan.
"Saya telah minta semua jentera BN di seluruh negara mempertingkatkan lagi gerak kerja dan tugasan masing-masing sehingga esok supaya pengundi putih yang dikenalpasti dapat dikeluarkan seramai yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Gadong, Kota di sini.
Dalam pada itu calon Parlimen Rembau itu juga yakin dapat mempertahankan kawasan itu yang disifatkan sebagai kubu kuat BN.
Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata Rembau selamanya berpihak kepada BN dan percaya penduduk kawasan itu terus memberi sokongan kepada parti pada pilihan raya kali ini.
"Parlimen Rembau dulu kini dan selamanya selamat (untuk BN). Saya berjumpa seramai mungkin pengundi di sini menerusi lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan cawangan. Parlimen Rembau memang satu kawasan yang diklasifikasikan kawasan putih dan saya yakin penduduk di sini adalah penyokong kuat BN," katanya.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO membuat penampilan pertama bertanding di peringkat Parlimen pada PRU15 bagi mempertahankan kawasan yang dimenangi oleh penyandangnya Khairy Jamaluddin sejak tiga penggal lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#pengundi putih
#calon BN Parlimen Rembau
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan