KOTA KINABALU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU-15.
Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata, enam kerusi itu ialah Parlimen Lahad Datu, Ampang, Segamat, Tebrau, Kuala Langat dan Julau.
"PBM telah pun membuat keputusan yang mana kita akan bertanding di kerusi-kerusi penyandang. Sebelum pembubaran Parlimen kita ada enam kerusi penyandang, iaitu Ampang, Segamat, Tebrau, Kuala langat, Julau dan juga Lahad Datu, dan kerusi-kerusi ini akan menjadi tumpuan kita dalam pilihanraya akan datang," katanya.
Tambah Zakaria, keputusan tersebut dibuat PBM berdasarkan justifikasi pencapaian cemerlang penyandang kerusi tersebut pada PRU14 selain mengambil kira kerjasama yang dijalin antara PBM dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.
"Kenapa kita meletakkan penyandang kerana mereka ini telah pun mempunyai 'track record'. Contohnya di Ampang iaitu kerusi presiden kami Datuk Zuraida Kamaruddin yang telah pun memenangi kerusi Ampang itu sebanyak tiga kali dan beliau sangat dikenali oleh para pengundi di Ampang.
"Kita sangat yakin Datuk Zuraida akan kembali memenangi kerusi tersebut dan secara langsung akan menyumbang kerusi kepada Barisan Nasional", ujar Zakaria.
Selain itu, beliau menjelaskan, kerjasama di antara PBM dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat akan diperluaskan ke Sabah pada PRU-15.
Katanya, kerjasama itu termasuk memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai rakan kerjasama BN di negeri itu.
Bentuk kerjasama tersebut menurut Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid termasuk memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai rakan kerjasama BN di negeri itu.
Untuk rekod, PBM sebelum ini mempunyai enam kerusi parlimen iaitu parlimen Ampang, Julau, Segamat, Tebrau, Kuala Langat, dan Lahad Datu selepas keenam-enam ahli parlimen iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Larry Soon, Datuk Seri Santhara Kumar, Steven Choong, Datuk Xavier Jayakumar, Dan Datuk Mohammadin Ketapi memutuskan untuk masuk ke dalam parti itu.
PBM yang diketuai Zuraida sebagai presiden turut dilaporkan sedang menunggu keputusan penyertaan parti itu ke dalam BN daripada presidennya Datuk Seri Zahid Hamidi selepas menyatakan sokongan terbuka terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Oct 22 2022

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata, enam kerusi itu ialah Parlimen Lahad Datu, Ampang, Segamat, Tebrau, Kuala Langat dan Julau.

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Tahun penuh kejutan, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang 2022!
Untuk sampai ke penghujung 2022, kejutan demi kejutan terjadi sepanjang tahun ini yang menyaksikan beberapa peristiwa menarik berlaku.

Zuraida, 12 lagi ahli berhadapan dengan lembaga disiplin PBM - Laporan
Larry Sgn berkata beliau hairan dengan tindakan Zuraida, sedangkan bekas MP Ampang itu sendiri tandatangani surat sokongan.

PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.

Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).

PRU15: Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM
Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.

RoS sahkan Larry masih Presiden PBM
Berdasarkan rekod Larry masih presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti tersebut.

Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).

Zuraida Presiden PBM yang sah - Setiausaha Agung
Perkara itu dipersetujui sejak awal penubuhan parti itu - bahawa bekas Presiden Datuk Larry Sng akan melepaskan jawatan itu kepada Zuraida.

Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.

PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU15.