awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pembahagian kerusi PH Negeri Sembilan selesai

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2022
00:00 MYT
PRU15: Pembahagian kerusi PH Negeri Sembilan selesai
Aminuddin bercakap pada sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di Seremban, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan rundingan pembahagian kerusi gabungan parti itu di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah selesai.
Beliau berkata, ia membabitkan pembahagian kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Dah selesai di peringkat Parlimen. Di peringkat DUN pun saya rasa dah 99 peratus selesai, kita dah bahagi-bahagi, begitu juga di Melaka.
"Soal pembahagian kerusi di sebahagian negeri-negeri lain juga sudah selesai bagaimanapun terdapat satu dua negeri yang masih dalam perbincangan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, soal calon pula ditentukan oleh parti masing-masing dalam PH.
"Calon daripada parti masing-masing, manakala kerusi, perbincangan dengan parti-parti. Jadi sekarang, tunggu calon sahajalah diumum. Insya-Allah kalau pilihan raya bulan depan pun, kita dah ada calon.
"Kalau Sikamat (DUN Sikamat) ada orang nak bertanding, hantar nama, tetapi pemilihan akan diputuskan di peringkat pusat dan nama itu sudah mula hantar sekarang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Aminuddin Harun
#Pakatan Harapan Negeri Sembilan
#pembahagian kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan