awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PH Negeri Sembilan harap Anwar kekal di Port Dickson

Bernama
Bernama
06/09/2022
12:35 MYT
PRU15: PH Negeri Sembilan harap Anwar kekal di Port Dickson
Semalam, Anwar dilaporkan berkata masih mempertimbangkan beberapa kerusi Parlimen untuk bertanding pada PRU15 termasuk di Permatang Pauh, Tambun atau Port Dickson. - Gambar fail
SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berharap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jika Anwar memutuskan bertanding di kawasan itu, ia pastinya memberi kelebihan dalam usaha mengekalkan kepimpinan PH di Negeri Sembilan.
"Belum ada kata putus mengenainya tapi kita mengalu-alukan Anwar bertanding di Port Dickson. Walaupun beliau sibuk sebagai ketua pembangkang, Port Dickson sentiasa menjadi keutamaan beliau.
"Kalau beliau masih di Port Dickson, ia akan berikan kelebihan buat kami di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pengerusi PH bertanding di Negeri Sembilan, tentu akan berikan kelebihan," katanya.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada pengurus pasukan negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di sini hari ini.
Semalam, Anwar dilaporkan berkata beliau masih mempertimbangkan beberapa kerusi Parlimen untuk bertanding pada PRU15 termasuk di Permatang Pauh, Tambun atau Port Dickson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Anwar Ibrahim
#Port Dickson
#PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan