awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PKR Perak mahu pertahan semula kerusi DUN Kuala Kurau

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
09/10/2022
03:50 MYT
PRU15: PKR Perak mahu pertahan semula kerusi DUN Kuala Kurau
Chang berkata walaupun ia belum dimuktamadkan, partinya berhasrat untuk mempertahankan semua kerusi yang dianggap telah mengkhianati mereka. - Fail BERNAMA
PARIT BUNTAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu mempertahankan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata walaupun ia belum dimuktamadkan, partinya berhasrat untuk mempertahankan semua kerusi yang dianggap telah mengkhianati mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
“Memang kerusi Kuala Kurau kita akan tetap pertahankan semula, sama seperti kerusi-kerusi ‘pengkhianat’ yang lain.
“Kita akan mempertahankan semua kerusi itu. Nanti kita akan umum (lebih lanjut),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Himpunan Pakatan Harapan Perak Bangkit di Tanjung Piandang, dekat sini, malam Sabtu, yang turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lih Kang sebelum itu ditanya berkenaan berkenaan keputusan partinya sama ada untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kurau pada PRU15 atau sebaliknya.
Kerusi DUN Kuala Kurau ketika ini disandang Datuk Abdul Yunus Jamahri yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak Mac 2020.
Abdul Yunus sebelum itu merupakan Ketua PKR Cabang Parit Buntar yang memenangi kerusi berkenaan pada PRU14 atas tiket PKR selama tiga penggal.
Semasa di bawah pentadbiran PH, beliau pernah dilantik sebagai Exco Perak di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan pada 2018 hingga 2019.
Ketika ini, di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Abdul Yunus memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak sejak beliau mengangkat sumpah jawatan pada Disember 2020.
Topic Berkaitan
#PKR Perak
#PRU15
#Chang Lih Kang
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan