awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PKR umum Maszlee Malik pertahan Simpang Renggam, Wan Azizah ke Bandar Tun Razak

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2022
15:40 MYT
PRU15: PKR umum Maszlee Malik pertahan Simpang Renggam, Wan Azizah ke Bandar Tun Razak
Nama mereka diumumkan sebagai calon PKR malam ini.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik malam ini diumumkan akan mempertahankan Parlimen Simpang Renggam atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada PRU14, beliau yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat 18,157 undi, membolehkannya menang dengan majoriti 3,475 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Liang Teck Meng yang mendapat 14,682 undi dan calon Pas, Mohd Jubri Selamat (2,983).
Selain itu, Nurul Izzah Anwar diumumkan mempertahankan kerusi Permatang Pauh, manakala ibunya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula diletakkan bertanding di Bandar Tun Razak.
Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini disandang Datuk Kamaruddin Jaafar, yang kini menyertai Bersatu.
Nama mereka diumumkan pada majlis Malam Pengumuman Calon PKR di Ampang Jaya, malam ini. Seramai 72 calon PKR yang akan bertanding pada PRU15 diumumkan pada majlis itu yang turut dihadiri Presiden Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara nama besar lain yang turut diumumkan adalah Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai, Hassan Abdul Karim mempertahankan Pasir Gudang dan Akmal Nasir mempertahankan Johor Bahru.
Ketua AMK, Adam Adli pula seperti yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya.
Selain itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disahkan bertanding menggantikan Anwar di Parlimen Port Dickson, manakala Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin diumum calon Parlimen Bagan Datuk.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon PKR
#Maslee Malik
#Nurul Izzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan