awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN Terengganu kemuka senarai calon pada 3 Nov - Rosol

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
26/10/2022
11:11 MYT
PRU15: PN Terengganu kemuka senarai calon pada 3 Nov - Rosol
Rosol berucap pada Majlis Ramah Mesra Program Food Bank Malaysia Bersama Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu di UniSZA Gong Badak hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 3 November depan.
Menurut Timbalan Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, ketika ini agihan kerusi sudah dimuktamadkan dan ia akan diumumkan oleh pimpinan PN Negeri dalam satu sesi pengumuman bulan hadapan.
“Saya difahamkan PN akan umumkan calon pada 3 November depan.
“Setakat ini yang saya dimaklumkan Hulu Terengganu calonnya dari Bersatu (beliau),” katanya kepada Astro AWANI di Majlis CA2010@University di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini pada Rabu.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
Dalam pada itu, jelasnya Bersatu akur kepada kelutusan kepimpinan PN Pusat untuk menentukan sama ada akan menggunakan logo Pas atau logo parti calon bertanding.
Difahamkan tiga negeri dilapor akan menggunakan logo parti Pas bagi setiap calon yang bertanding pada PRU15 walaupun daripada berlainan parti.
Bersatu merupakan parti komponen dalam PN bersama beberapa parti lain termasuk Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Topic Berkaitan
#Calon PRU15
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan