awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ramli sedia pertahan Cameron Highlands jika dicalonkan

Bernama
Bernama
14/10/2022
10:30 MYT
PRU15: Ramli sedia pertahan Cameron Highlands jika dicalonkan
Datuk Ramli Mohd Nor akan terus berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands sekiranya dicalonkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan itu pada PRU15 nanti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Ramli Mohd Nor akan terus berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands sekiranya dicalonkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau berkata BN adalah satu-satunya parti yang memberi ruang kepada masyarakat Orang Asli untuk bertanding di peringkat Parlimen sekali gus suara kaum itu dapat didengari di peringkat kebangsaan.
"Saya seorang ahli parti UMNO, saya akur dengan apa-apa keputusan BN dan UMNO. Kalau diberi ruang sebagai calon saya akan usaha buat yang terbaik untuk mempertahankan kerusi BN/UMNO dan berkhidmat sebaiknya untuk masyarakat Cameron Highlands. Insya-Allah," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bersedia mempertahankan kerusi Parlimen itu berikutan ura-ura kerusi berkenaan akan diserahkan kepada UMNO bagi PRU15, manakala sebagai pertukaran MIC akan berpindah ke kerusi Parlimen Teluk Intan.
Ditanya mengenai peratusan pengundi Orang Asli di Cameron Highlands, beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 45,749 pemilih, 13,165 orang terdiri daripada Orang Asli; 14,687 (Melayu); 12,404 (Cina) dan 5,493 (India).
Sebelum ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov 2018 mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam PRU14 terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Bagaimanapun, BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli daripada suku Orang Asli Semai memenangi PRK itu pada 2019 dengan majoriti 3,238 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramli Mohd Noor
#UMNO
#Kerusi Cameron Highlands
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan