awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
IHP Malaysia turun 1.8 peratus pada November 2025 - Jabatan Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Rundingan agihan kerusi Bersatu, Pas capai 30 peratus - Ahmad Faizal

Bernama
Bernama
23/04/2021
14:43 MYT
PRU15: Rundingan agihan kerusi Bersatu, Pas capai 30 peratus - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata perbincangan itu bagi memastikan tiada pertindihan kerusi berlaku antara parti komponen dalam PN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkembangan itu melibatkan rundingan agihan kerusi bagi kawasan di Semenanjung dan pada masa sama, rundingan dengan rakan komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain khususnya di Sabah juga diteruskan.
Beliau yang turut mengetuai Bersatu dalam perundingan kerusi bagi PN pada PRU15 itu menjelaskan, beberapa sesi perjumpaan akan dilakukan sehingga rundingan itu selesai.
"Saya jangka rundingan akan selesai tidak lama lagi dan kita juga syorkan supaya setiap parti kemukakan kerusi yang ingin mereka bertanding sebelum teruskan perbincangan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Program Srikandi Muda Leadership Empowerment di ibu negara, hari ini.
Ahmad Faizal berkata perbincangan itu bagi memastikan tiada pertindihan kerusi berlaku antara parti komponen dalam PN.
Baru-baru ini, satu perjumpaan diadakan antara Bersatu dengan PAS bagi membincangkan pembahagian kerusi PRU15.
-Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#PRU15
#agihan
#kerusi
#Parlimen
#DUN
#Bersatu
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan