SERDANG: Perikatan Nasional (PN) perlu menyegerakan pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya gerak kerja bagi menghadapinya dapat dijalankan, demikian gesaan Timbalan Pengerusi PN Perak Razman Zakaria.
Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata pimpinan parti juga perlu memuktamadkan nama individu yang akan diketengahkan sebagai calon pada PRU15 di samping memuktamadkan logo parti yang akan digunakan.
"Untuk mencapai kemenangan, kita perlu merancang. Kita akan menghadapi PRU15 dan pembahagian kerusi mesti dibuat segera," katanya semasa menyampaikan ucapan perwakilan pada Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.
Konvensyen sehari itu disertai parti gabungan PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Senada dengan Razman adalah Ahli Jawatankuasa PN Kedah Afnan Taib yang bukan sahaja mencadangkan pucuk pimpinan mengkaji logo parti, tetapi warna bendera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi pada setiap kali plihan raya.
Ketika mengutarakan cadangan itu, Afnan berkata warna biru tua bendera ketika ini dengan tulisan Perikatan Nasional berwarna putih seakan-akan menyamai bendera Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Pengerusi PN Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Suhaimi Yahya menyarankan Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengkaji semula sistem pengambilan pelajar untuk memasuki institusi pengajian itu yang didakwa tidak lagi selari dengan matlamat penubuhannya.
Beliau berkata MRSM yang tujuan asal penubuhan untuk membantu pelajar Bumiputera daripada keluarga berpendapatan rendah, kini merupakan sekolah elit yang dipenuhi pelajar daripada keluarga berkemampuan, bukannya yang memerlukan.
Sehubungan itu, Muhammad Suhaimi mencadangkan supaya satu badan khas diwujudkan untuk mengesan pelajar cemerlang yang layak daripada golongan B40 dan luar bandar seterusnya menawarkan peluang menyambung pelajaran di MRSM.
"Apa salahnya kalangan ini diberi terus surat tawaran yang layak, keutamaan adalah golongan miskin B40 di luar bandar, jika mereka menolok barulah berikan tawaran kepada pelajar lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Razman berkata pimpinan parti juga perlu memuktamadkan nama individu yang akan diketengahkan sebagai calon pada PRU15 di samping memuktamadkan logo parti yang akan digunakan. - Gambar fail

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Konflik Myanmar | Genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar
1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar. Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan. Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan. Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum? Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir? Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.

Konvensyen Perikatan Nasional 2022 lulus 15 resolusi
Antara lain, calon PN perlu mengisytiharkan harta dan memastikan mereka tiada kes mahkamah, seterusnya membuat aku janji untuk menolak rasuah serta salah guna kuasa.

PRU15: Segerakan pembahagian kerusi PN, mudahkan gerak kerja
Perikatan Nasional (PN) perlu menyegerakan pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).