SEREMBAN: Semua perhubungan UMNO negeri telah menghantar senarai calon masing-masing untuk dipertimbangkan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Namun, beliau berkata tidak semestinya calon yang disenaraikan itu sahaja dinilai oleh pucuk pimpinan parti untuk diketengahkan sebagai calon PRU15.
"Ini pusingan pertama, kita ambil maklum senarai yang dicalonkan. Ibu pejabat akan membuat penilaian calon dan tidak semestinya orang yang disenaraikan itu sahaja akan dinilai.
"Bagi parti, kemenangan keutamaan kita. Jika calon itu boleh memberi kemenangan kita akan bagi dia bertanding mewakili parti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) bercakap kepada pemberita semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Wisma Umno Seremban hari ini. - Foto BERNAMA
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
PRU15: Senarai calon UMNO sudah diterima untuk pertimbangan
Semua perhubungan UMNO negeri telah menghantar senarai calon masing-masing untuk dipertimbangkan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.