awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Shahidan dan Zahidi tetap bertanding walau tidak dinamakan sebagai calon BN

Bernama
Bernama
03/11/2022
12:23 MYT
PRU15: Shahidan dan Zahidi tetap bertanding walau tidak dinamakan sebagai calon BN
Shahidan (kiri) berkata beliau bukan hanya mahu orang Bersatu dan Pas menyokongnya malah meminta orang UMNO turut sama memberikan sokongan kepada gagasan Muafakat Nasional. - Gambar fail
KANGAR: Penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun mereka tidak dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN).
Shahidan berkata beliau bukan hanya mahu orang Bersatu dan Pas menyokongnya malah meminta orang UMNO turut sama memberikan sokongan kepada gagasan Muafakat Nasional.
"Saya ingin menjadi model kepada Muafakat Nasional dan orang UMNO kena sokong saya sebab semua gerakan (jentera BN Arau) yang dibuat sebelum ini, saya yang atur daripada A ke Z... namun tiba-tiba mereka tolak saya dan letak calon yang bukan dicadangkan oleh Jawatankuasa Bahagian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga berkata pengumuman akan dibuat oleh Perikatan Nasional malam ini yang mungkin menyaksikan penambahan satu nama calon.
Zahidi pula berkata beliau bersama individu lain yang tidak disenarai sebagai calon BN berkemungkinan besar bertanding pada PRU15.
"Kami tidak pasti lagi akan bertanding atas logo (parti) mana, tunggu pada 5 Nov (hari penamaan calon) nanti," katanya sambil menambah beliau telah dihubungi beberapa parti namun belum membuat sebarang keputusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerusi parlimen Arau
#Calon BN
#Shahidan Kassim
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan