awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Suara pengundi Sungai Buloh perlu diwakili anak tempatan - Calon Pejuang

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/11/2022
08:13 MYT
PRU15: Suara pengundi Sungai Buloh perlu diwakili anak tempatan - Calon Pejuang
Calon parti Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 di Sungai Buloh, Mohd Akmal Mohd Yusoff menegaskan, Parlimen itu perlu diwakili wakil rakyat tempatan yang lebih memahami isu penduduk setempat. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI BULOH: Calon parti Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh, Mohd Akmal Mohd Yusoff menegaskan, Parlimen itu perlu diwakili wakil rakyat tempatan yang lebih memahami isu penduduk setempat.
Walaupun sedar dirinya adalah calon underdog, namun, Mohd Akmal berpendapat, sekurang-kurangnya beliau adalah calon tempatan yang mampu membawa suara pengundi ke Dewan Rakyat.
“Suara penduduk di kawasan ini perlu diwakili oleh orang di kawasan ini iaitu anak tempatan.
“Memang parti PH (Pakatan Harapan), BN (Barisan Nasional) semuanya hebat dan kita kena sedar. Saya sedar dan saya masuk ke gelanggang kali ini sebagai underdog.
“Memang kita niat untuk masuk. Jadi dengan rendah diri, dengan rasa faham kita memang underdog, maka kita masuk dan cuba untuk menambahkan ahli politik golongan muda ke Dewan Rakyat,” katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu, dalam kempen PRU15, Mohd Akmal akan memberi tumpuan pada isu kesesakan jalan raya termasuk keperluan menambah baik sistem pengangkutan di Sungai Buloh.
“Kita perlu menambah baik sistem dan penguatkuasaan sedia ada. Suara-suara ini yang patut kita dengar dan saya nak tekankan pengundi Sungai Buloh mempunyai 57 peratus berumur 40 tahun ke bawah. Ini masa kita untuk berubah.
“Kita memerlukan parti yang boleh beri idea yang baharu dan orang muda supaya suara pengundi dapat didengari,” ujarnya.
Baginya juga, pencalonan Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh bakal memberi saingan yang sangat sengit.
“Datanglah sesiapan pun, kalau akhirnya pengundi dapat rasa nikmatnya apa salahnya,” katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada PRU15.
Topic Berkaitan
#PRU15
#penamaan calon PRU15
#Parlimen Sungai Buloh
#Mohd Akmal Mohd Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan