IPOH: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen yang sedang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu berkata ini kerana majoriti ahli parti di bahagian berkenaan mahu beliau bertanding di kerusi tersebut.
Malah katanya perkara berkenaan turut mendapat sokongan sebahagian besar ahli-ahli UMNO di cawangan Bahagian Pasir Salak.
"Ahli UMNO di Pasir Salak 100 peratus sokong saya sebagai calon Ahli Parlimen. Malah jawatankuasa bahagian juga mencalonkan nama saya yang mana cawangan-cawangan juga menyokong sokong saya bertanding di kerusi Parlimen itu.
"Saya tidak mahu dikatakan ‘masuk bakul angkat sendiri’, tetapi anda boleh menilai dengan fakta di mana kelemahan saya sebagai ketua bahagian selama ini," katanya.
Beliau berkata demikian pemberita ketika sesi beramah mesra bersama media di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, walaupun beliau digugurkan daripada jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini, ia tidak menghalang ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Salak untuk mencalonkan beliau bertanding di kerusi Parlimen itu lagi.
Jelasnya lagi, selama beliau memimpin parti di kawasan berkenaan, UMNO Bahagian Pasir Salak mempunyai rekod yang baik selain tidak wujud sebarang perpecahan dalaman.
Pada masa sama, Tajuddin turut mengesahkan Ketua Wanita UMNO Perak Datuk Dr Wan Noorashikin Wan Nordin telah dicalonkan UMNO Bahagian untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah pada PRU15.
Katanya, sementara Timbalan Ketua UMNO bahagian, Khairul Azwan Harun pula dicalonkan oleh untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Manik.
"UMNO Bahagian mahu Dr Wan sebagai calon di (DUN) Kampung Gajah kerana dia telah menjalankan kerja yang bagus. Malah rakyat menerimanya dengan baik.
"Selain itu, Ttmbalan saya, Khairul Azwan (Harun) dicalonkan (untuk bertanding di DUN) Sungai Manik.
“Tidak ada pertikaian dalam kalangan ahli. Saya sudah mendapatkan respon semua cawangan dalam perjumpaan, dan mereka semua setuju,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Fri Sep 23 2022
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen yang sedang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.
Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.
Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.
PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.
PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.
Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.
Tajuddin tolak penggantungan keahliannya
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak penggantungan keahliannya kerana berpendapat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dibuat berdasarkan tohmahan dan fitnah.