awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tak salah BN 'berangan' mahu tawan semula kerusi Parlimen PP, tapi apa realitinya?

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/10/2022
03:15 MYT
PRU15: Tak salah BN 'berangan' mahu tawan semula kerusi Parlimen PP, tapi apa realitinya?
Prof Sivamurugan Pandian berkata, BN harus bersifat realistik dan mampu memberi saingan sengit kepada pencabar. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Tak salah Barisan Nasional (BN) berangan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Namun apa realitinya?
Penganalisis politik, Prof Sivamurugan Pandian berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), BN bukan sahaja mahu mempertahankan tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau tetapi juga berazam untuk menawan semula Permatang Pauh dan Nibong Tebal.
"Namun realitinya, hanya dua kerusi sahaja iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang dimenangi BN dengan penyandang Tasek Gelugor lompat ke Bersatu," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, melihat pada demografi itu, tidak ada peningkatan sokongan dalam BN dalam PRU14.
Menurutya, BN harus bersifat realistik dan mampu memberi saingan jika pemilihan calon yang betul dilakukan, jenteranya tidak ada sabotaj dalam sehingga menyukarkan gerak kerja mereka dan isu-isu penting yang harus diberi kepentingan.
"Dalam konteks Pulau Pinang, kita tidak boleh mengetepikan kekuatan DAP.
"BN jika mahu menyusuri sokongan baharu perlu melakukan pengubahsuaian agar memberi saingan sengit dalam PRU15 dan melihat sejauh manakah kemampuan mereka dapat diuji.
"Nak kata kemenangan pasti berpihak (BN) tidak, tapi sekurang-kurangnya kalah dengan bergaya dengan memberi saingan sengit kepada calon yang setanding dengan mereka," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#Barisan Nasional
#DAP
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan