awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/05/2022
08:17 MYT
PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M
Tun Dr Mahathir beramah mesra dengan pengunjung yang menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk, Langkawi, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sebarang keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat merupakan pendekatan yang tidak sesuai.
Menurut Dr Mahathir, ini adalah kerana terdapat kebimbangan dalam pelbagai pihak termasuk beliau sendiri sekiranya kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, mana-mana pihak yang berhasrat PRU15 segera diadakan wajar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
"Saya ingat belum sesuai untuk PRU, kita harus berjaga-jaga, kita harus ingat apa berlaku di Sabah, Sabah ketika itu jumlah kes rendah, tetapi ketika itu (diadakan) PRN Sabah, (terus) berkembang penyakit,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk di sini, pada Isnin.
Semalam, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu bersedia untuk menghadapi PRU15.
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Umum ke-15
#PRU15
#Mahathir Mohamad
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan