awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2022
08:46 MYT
PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Shafie pada masa sama mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah. FOTO: Astro AWANI
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, kerjasama itu dapat menguatkan Warisan dan parti yang mewakili masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah iaitu PBS.
Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Semporna itu, kerjasama itu tidak boleh dipaksa.
‘’(Sekiranya PBS bersama Warisan) saya tahu di mana ruang untuk menambah baik (kerjasama ini). Saya tahu juga kekuatan PBS dan kita perlu melihat kerangka ini bagi memastikan ada kerjasama antara Warisan dan parti yang mewakili Kadazan Dusun Murut (KDM),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pemilihan dan Perhimpunan Agung Parti Warisan di Dewan Utama Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Selain itu, Shafie mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.
‘’Ya kita sudah kenal pasti dan kita tidak boleh melakukan pemilihan di peringkat parlimen sahaja.
‘’Kita tidak tahu sama ada mereka akan bubar (di peringkat DUN atau tidak) tetapi kita bersedia sahaja kerana kita tidak tunggu sehingga mereka (kerajaan GRS) umumkan,’’ tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Shafie yang merupakan Ketua Pembangkang Sabah berkata, memegang jawatan dalam Parti Warisan (Warisan) bukan tiket automatik untuk menjadi calon mewakili parti itu pada PRU15.
Beliau berkata apa yang diperlukan oleh Warisan adalah seorang calon yang mendapat sokongan daripada pengundi dan rakyat, seterusnya memberikan kemenangan kepada kerusi ditandingi pada PRU15 nanti.
Topic Berkaitan
#Parti Warisan
#Parti Bersatu Sabah
#PRU15
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan