KUALA LUMPUR: Dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat tindakan Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dan seorang lagi yang didakwa menyebut perkataan jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Farhan Rosli berkata tindakan itu tidak sewajarnya berlaku kerana kesalahan jenayah qazaf adalah berat dan salah di sisi agama Islam.
"Jadi hari ini kami telah mengemukakan dua laporan kepada JAWI berkaitan beberapa kes tuduhan qazaf yang telah berlaku sama ada di media sosial atau secara terbuka di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
"Kami harap pihak berkuasa JAWI membuat penilaian dan melakukan tindakan sewajarnya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan JAWI di sini hari ini.
Seksyen itu menyatakan Qazaf bermaksud membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata pihaknya membuat laporan kepada pihak berkuasa JAWI berhubung tindakan Radzi yang mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa lepas.
Sementara itu, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zairudin Hashim membuat laporan kepada pihak sama berhubung hantaran di akaun Facebook milik bekas setiausaha politik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Mubin Salleh atau nama sebenarnya Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh yang menyebut beberapa perkataan jelik terhadap Anwar semalam.
Zairudin berkata tidak salah berbeza politik tetapi hindarkan daripada memfitnah membabitkan kesalahan qazaf.
"Ini bukan kesalahan biasa kerana ia membabitkan hukum syarak dan sebagai umat Islam khususnya, elakkan daripada menormalisasikan perkara ini serta elakkan daripada sengaja menulis di media sosial berkenaan fitnah-fitnah yang tidak sepatutnya dibuat oleh kita semua," katanya.
Turut hadir membuat laporan itu ialah Setiausaha ABIM Wilayah Persekutuan Khairul Fahmi Helmi Muharor, Yang Dipertua ABIM Wilayah Persekutuan Muhamad Aliemran Norasid dan aktivis ABIM Ainol Azril Ainol Zaffery.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Radzi didakwa mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat pada Selasa lepas. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Amaran ribut petir di Pajang, Negeri Sembilan, Melaka & Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir di empat negeri.
Amaran sehingga jam 5 petang ini diramal membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Amaran sehingga jam 5 petang ini diramal membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Malaysia tolak keganasan dalam konflik bersenjata - Agong
Seri Paduka bertitah keganasan itu termasuk pengeboman terhadap orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, elektrik dan makanan kepada orang awam.

KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Kisah P.Ramlee bakal ke layar perak
Filem ini akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.

Meituan sahkan tidak berminat ambil alih foodpanda
Pasaran foodpanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6 peratus pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya.

Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
AS sekat visa ekstremis Israel lakukan keganasan di Palestin
Amerika Syarikat umum akan mengenakan larangan visa kepada Israel jika terus melakukan keganasan di Tebing Barat. Menurut Setiausaha Negara Antony Blinken larangan visa terhadap ekstremis zionis yang melakukan keganasan kepada warga palestin selain kemusnahan tempat tinggal.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Merangkap Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak Selasa lalu.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Rabu mencatatkan penurunan kepada 3,260 mangsa berbanding lebih 6,000 mangsa semalam.

Program seperti e-Madani akan diteruskan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan pemberian subsidi akan memberi faedah kepada 3.5 juta orang asing dan dimanfaatkan oleh golongan terkaya.

Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Budaya Melayu, Islam mana yang benarkan fitnah, cerca orang? - PM Anwar
Lebih menghairankan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan itu seolah diterima sebagai amalan biasa bahkan orang itu diberi jawatan penting dalam parti.

Jangan terlalu selesa ketika tadbir negara - PM Anwar
Perdana Menteri menasihatkan pemimpin negara supaya tidak berada pada tahap selesa ketika mentadbir negara.

Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.

PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Anwar berkata, kemenangan Ahmad Samsuri sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik negara.

Setahun Kerajaan Madani: Wawancara Khas bersama PM malam ini
Dalam temu bual itu, Anwar akan mengimbas setahun Kerajaan Madani serta memperinci hala tuju, matlamat dan cita-cita kerajaan.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional

'Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta' - Anwar titip ucapan buat Wan Azizah
Dr Wan Azizah yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-71 itu menerima ucapan istimewa menerusi hantaran di media sosial Perdana Menteri.

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.